Saya baru-baru ja tau ni pap smear test adalah wajib dilakukan oleh semua wanita yg sudah berkahwin (atau yg sexually active) untuk check manatau ada sel-sel kanser atau jangkitan etc dalam serviks/rahim sana..Setiap tahun kena buat, atau setiap 6 bulan ikut nasihat doktor.
Saya call klinik swasta & kerajaan dulu; kalau gov byr rm1 ja untuk registration, tapi kalau fully swasta mau dekat-dekat rm100. Jadi saya ambik keputusan pg try di klinik Luyang. Saya ambik satu hari cuti untuk pg sana, tapi sayangnya tidak dapat buat test sebab my period sudah lebih 15 hari. Syarat asas untuk buat test ni ialah mcm di bawah ni:
1. 10-15 hari selepas period.
2. Tiada hubungan seksual selama 24 jam sebelum test.
Jadi, saya tunggu la ni next period. Lepas tu, ngam-ngam saya pg breakfast d McD Api-Api Centre dgn hubby kemarin, saya nampak klinik Nur Sejahtera (LPPKN) then terus pg tanya kalau ada pap smear test. Syukurla ada dengan charge Rm20, tapi kalau mau pakej extra RM25 bleh cek gula, berat badan & kolesterol juga.
Jadi ceritanya, saya pigi buat la ni test hari ni..Malu jg ni, tapi apa boleh buat sebab mau cegah apa-apa yg perlu dicegah kan. Proses dia kejap ja, detail macam di bawah ni:
1. Register (Free) lps tu kena suruh pg kencing dlu.
2. Masuk bilik khas & buka seluar besar/kecik (better pakai skirt sebab senang mau selak) lepas tu baring dengan kaki dikangkang mcm mau beranak.
3. First nurse akan bersihkan vagina dgn kapas, ada sikit sakit sebab kena tekan-tekan.
4. Lepas tu nurse masukkan alat pembuka vagina tu, bleh google bentuk dia mcmna la ah. Masa ni kena relaks sebab kalau tahan nanti rasa betul sakit.
5. Nurse akan masukkan alat sampling (sila google sendiri) untuk ambil sample dekat rahim tu. Then siap.
Saya ada sikit cerita masa ni, sebab ada darah masa proses ni. Nurse cakap either masih ada period, rahim luka atau ada jangkitan tapi bukan serius. Entahla, macam-macam juga dalam kepala tapi tidak fikir sangat. Result utk pap smear test ni akan dibagitau selepas 1 bulan. Kalau tiada masalah dorang tidak call. So, hopefully no call la. Huahuahua.. (Nanti saya buat entry untuk result)
Bonus, nurse cek payudara kalau ada biji-biji. Ni boleh buat sendiri juga iaitu selepas 7 hari period. Untuk checking ni, my breast tiada apa-apa biji. Praise God.
Lepas pap smear tu, ada sikit darah keluar lagi..tapi tidak stink macam period tu..Dont know what it is, need to wait for the result first..Dalam nama Yesus, everything will be ok. Amen.
So, kawan-kawan yg bergelar puan..pigi la buat pap smear test yaa..
Comments