Skip to main content

Kampung Style


Ada sikit masa lagi sebelum habis office hour hari ni, so bolehla update blog.

Ini cerita last weekend lagi masa balik kampung, kan cuti 3 hari (4-6 Oct) jadi dapat la balik kampung lama sikit. Mari tengok-tengok gambar la ah.

Dalam perjalanan balik, kami singgah lunch sini..



Sini punya restoran langsung tiada kipas sebab memang sangat-sangat sejuk. Di Kundasang ni, beberapa km sebelum sampai pekan Kundasang. Menu dia unik juga kan hihi



Kami order kambing masak kari sama sayur ja..sini ada bakas, bakuteh dan yg sewaktu dengannya. Saya makan besar ni tapi hubby macam tidak lalu sebab diabilng tu kambing kari ada sikit bau. Saya rasa ok ja pun atau telampau lapar jadi makan ja. Hoho



Ini la kedai tu, 89 Station..ala-ala country coffee shop la. sebenarnya makanan dia sedap-sedap juga ni (saya dengarla) tapi mcmna juga mau try semua 1x kan..



Masa kami singgah ni memang kabus tebal, sejuk sampai ke tulang.


Sampai ja di kampung, bapa bawa pg tengok tanah di Garas..Garas ni nama tempat atau lebih tepat lagi nama jalan yg perlu dilalui untuk ke kampung seterusnya. Ada sebidang tanah atas bukit yg bapa bagi untuk my kakak.


Ini jalan besar di Garas..memang kena aspal sudah sebab jalan ni termasuk dalam pembangunan jalan Ranau-KM tu..


Saujana mata memandang..itu pokok kayu tu lama sudah tu sana.


Bapa dgn hubby melalui pagar dawai untuk menjenguk tu kawasan tanah.


Tak tau apa bapa tunjuk tu,saya ambik gambar ja.kikiki


Tuu nah tanah tu di bukit sebelah kanan.



Tidak berapa jelas tapi bukit ni sangat cantik sebab ada pelbagai pokok yg berdaun warna warni..maksudnya bukan hijau ja la. Boleh imagine sudah ni ada homestay sini..tapi fikir-fikir kalau mau buka 1mil pun belum tentu cukup..



Menyempat juga..huahuahua


Pagar & papan tanda ni bapa yg pasang.


Lepas tu balik rumah~~~

Besoknya kami ke gereja SIB Laap..di bangunan belakang gereja ada tambahan ruang,cuma belum complete..tengok gambar ni..


Punya siok tu anjing limpang2..


Ok, saya baru mau update perkembangan gerai mama ni. Dorang ada lesen sudah (yipee thanks God) dan gerai ni dinamakan 'Anugerah' siap ada sijil kesihatan dari Jabatan Kesihatan lagi. Wah boleh tahan kan :D



Gerai ni baru kena extend. Ini pandangan dari beranda rumah.


Dapur baru..mama yg masak kuih tu, aunty Liahim yg sebelah tu, partner mama.


Masak-masak kuih oleh mamaku sayang ^_^


Ruang makan..meja panjang tu ialah meja yang dibuat masa kami kawen aritu, meja yg lagi dua tu baru kena buat. DIY ja..


Dinner di gerai malam ni..masakan kampung tapi sangat sedap bagi saya sebab yala kan saya membesar dengan lauk macam ni..dimasak dengan penuh kasih sayang hihi


Rasanya ini ja saya ambik gambar tu..so happy to see gerai mama semakin berkembang & semoga semakin ramai pelanggan! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Short Vacay in KL

Hubby and I  went on short trip to KL on 13th - 15th March. But actually hubby was already in KL for work from 10th March so I was only followed him there on 13th. It was very short and tiring vacation but we still enjoyed the moment so much.. It was my first time arrived at Klia2, it was quite spacious but I still can find direction easily as there were enough signboards to follow.  I went directly to 1 Utama via Skybus. It took me about an hour to reach there. I went here for dinner with my sister who worked at The Curve. This kafe is located at Ikano (IPC), just opposite the The Curve building. Creative menus' book. I ordered the Traditional Mien Fen Guo. and drink the soy milk as I felt gastric was attacking :( My food! It was tasty enough, licin juga la sa makan. Hoho This was my sister's. If not mistaken, it was dried...mien. Cant recall the exact name. The sauce was perfect! After dinne...

First entry

Petang semua..sekarang pkul 5.50pm sudah..past 20mins lepas habis keja..masih menunggu hubby datang ambik..hmm mula2 mau singgah supermarket Sunny utk beli bahan2 kek batik special macam dlm blog  Ana  tapi tiada keta pla..harap2 weekend dpt pg cari...hehe ni la rupa kek batik tu..sedapp dan senang! :)

Winter Festival

Ni cerita smlm punya..alkisahnya family besar hubby sebelah bapa dia buat gathering dinner utk meraikan winter festival ni..ni chinese culture la..lupa pla sa tnya hubby asal usul winter festival ni..hehe Lebih kurang pkul 6pm kami pun jln pg rumah kazen hubby tu..hujan ada tp renyai2 ja..rumah kazen hubby tu agak besar sbb rumah family.. Family yg dtg agak ramai tp xla seramai klu ada wedding atau full moon..mgkn masing2 pun ada event..dkt2 krismas lg kn.. Antara anak cucu yg dtg..klu baya2 hubby mmg ada anak sdh semua.. yg lelaki tu adik hubby.. tong yuan (xpasti ejaan sebenar) yg wajib kena bikin utk festival ni.. X dpt snap pics mknn atau the whole family sbb agak segan hehehe..sepanjang mlm ni cuma mkn2 minum2 dan chatting2 ja..ok la kn..yg penting kenyang mkn sdh.. Lebih kurang pkul 9.30pm kmi pun balikla ke rumah...hehe..