Skip to main content

Cuti Raya

Punya main siokkk sebab company bagi 1 minggu cuti raya. Start 25/7 - 3/8 tolak Ahad la. Walaupun dapat memo awal-awal 9/8 (Sabtu) full day keja tapi tiada yg fikir pasal tu sekarang. Haha..semangat mau cuti walaupun tidak sambut raya. Mengharap kuih-kuih raya ja la ni kikiki..

Plan mau jalan-jalan saturang Jumaat ni sebab hubby masih keja masa tu..fikir mau pg gunting rambut, treatment, tengok wayang, berjam-jam dalam bookstore dan macam-macam lagi. Tapi fikir juga mau stay ja di rumah, kasi habis rancangan TV yg jaraaaang boleh buat masa hari-hari biasa. Tengok dulu le..

Sabtu pla mau balik kampung..yahuuuuuuu...mau pg menjenguk gerai sayap dorang mama & aunty Liahim yg sudah sebulan lebih beroperasi. Syukur la ada gerai bolehla menjana pendapatan :D

Plan mau tolong tu budak-budak di rumah susun bilik. Bilik utama di rumah tu agak besar, sebab ada 3 katil. 1 katil queen (Mama & bapa punya walaupun bapa jarang tidur sana sebab ada dua budak kicik sama mama tidur), dan 2 katil single. ada ruang letak tilam juga di tengah-tengah. Ada bathroom sendiri. Ada 3 almari, lain lagi meja & rak kabinet. Besar juga la tapi perlu kasi kemas & organize sikit tu kain baju & buku-buku. Oleh sebab lepas kawin ni jarang sudah balik jadi bila ada masa bolehla tolong-tolong organize sikit.

28/7 ada family day..keluarga besar sebelah bapa punya mama. Nenek saya la tu..cuma tidak berapa excited mau pg sebab mostly cousins & saudara mara sebelah nenek tidak close, ada yg saya tidak kenal juga. Mama sm bapa pun belum tau pg tu. Ikutkan hati mau stay ja di rumah relaks2 sebab kemungkinan besar petang tu balik KK sudah.Tapi salah satu aktiviti family day tu ialah sambut birthday nenek & datuk saudara..kesian la pla c inan (Nenek) kalau immediate family dia tiada..pot luck lagi, aiyoo mau bawa apa ni. Kalau ikutkan macam betul-betul tidak mau pg, sebab masa wedding kami pun 2, 3 orang ja saudara sebelah sana yg datang..tapi family kami pun jarang pg dorang punya occasion la..huhu..tengoklah macamna nanti. Tiada pa2 juga kalau datang pun kan, dialu-alukan lagi hehe

SIB Youth Conference pun start 28/7 - 30/7 di KDCA. Macam biasalah tahun-tahun punya event, mungkin kami dapat datang malam ja la kali sebab hubby keja..saya belum plan lagi mau buat apa sepanjang minggu depan sebab rumah di KK ni paling-paling pun kemas-kemas sikit (Sebab sentiasa kemas disebabkan tiada anak kecik dan habit family in law yg pembersih & pengemas :p).. Mungkin ambik masa exercise la, pg jogging hari-hari..Sama tengok tv, polish skill buat kek (Bulih buat entry kan haha)..

Mostly plan saja la..jangan lupa serahkan segala sesuatu kepada Bapa di syurga dulu..amen..

SELAMAT HARI RAYAAA! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Short Vacay in KL

Hubby and I  went on short trip to KL on 13th - 15th March. But actually hubby was already in KL for work from 10th March so I was only followed him there on 13th. It was very short and tiring vacation but we still enjoyed the moment so much.. It was my first time arrived at Klia2, it was quite spacious but I still can find direction easily as there were enough signboards to follow.  I went directly to 1 Utama via Skybus. It took me about an hour to reach there. I went here for dinner with my sister who worked at The Curve. This kafe is located at Ikano (IPC), just opposite the The Curve building. Creative menus' book. I ordered the Traditional Mien Fen Guo. and drink the soy milk as I felt gastric was attacking :( My food! It was tasty enough, licin juga la sa makan. Hoho This was my sister's. If not mistaken, it was dried...mien. Cant recall the exact name. The sauce was perfect! After dinne...

First entry

Petang semua..sekarang pkul 5.50pm sudah..past 20mins lepas habis keja..masih menunggu hubby datang ambik..hmm mula2 mau singgah supermarket Sunny utk beli bahan2 kek batik special macam dlm blog  Ana  tapi tiada keta pla..harap2 weekend dpt pg cari...hehe ni la rupa kek batik tu..sedapp dan senang! :)

Winter Festival

Ni cerita smlm punya..alkisahnya family besar hubby sebelah bapa dia buat gathering dinner utk meraikan winter festival ni..ni chinese culture la..lupa pla sa tnya hubby asal usul winter festival ni..hehe Lebih kurang pkul 6pm kami pun jln pg rumah kazen hubby tu..hujan ada tp renyai2 ja..rumah kazen hubby tu agak besar sbb rumah family.. Family yg dtg agak ramai tp xla seramai klu ada wedding atau full moon..mgkn masing2 pun ada event..dkt2 krismas lg kn.. Antara anak cucu yg dtg..klu baya2 hubby mmg ada anak sdh semua.. yg lelaki tu adik hubby.. tong yuan (xpasti ejaan sebenar) yg wajib kena bikin utk festival ni.. X dpt snap pics mknn atau the whole family sbb agak segan hehehe..sepanjang mlm ni cuma mkn2 minum2 dan chatting2 ja..ok la kn..yg penting kenyang mkn sdh.. Lebih kurang pkul 9.30pm kmi pun balikla ke rumah...hehe..