Mood sedih hari ni sebab Argentina kalah dalam final WC..huhuhu..awal-awal Higuain score tapi offside, lepas tu Messi telepas 1,2 gol..Yg lain pun telepas 1,2 gol..huuuu
Germany bagus main la, memang tak dinafikan..pass bola yg tepat, rajin rebut bola, jarang tersasar juga tapi defence Argentina yg mantap menyebabkan Muller, Klose, Kroos atau Ozil yg nama-nama scorer ni tidak berjaya menjaringkan gol.
Ingatkan mau penalti sudah tapi pemain gantian c Gotze ka tu berjaya pula menjaringkan gol 8 minit sebelum habis masa tambahan kedua.
Huuuu..punya sedih...nampak lagi muka-muka pemain Argentina yg tersangat kecewa..Messi lagi yg kena hentam sana sini sebab konon tidak perform yg terbaik..ko cakap dalam internet bolehla, cuba ko yg atas padang baru tau macamana.
Lain lagi cerita pasal Messi sokong Israel, mau cakap stupid pun ada juga ni..sebelum final WC, tersebar gambar2 Messi d Israel lepas tu kena edit lagi dia pegang baju "Stand for Israel"..lepas tu banyak la yg share sana-sini menghentam Messi & Argentina keseluruhannya..ni la kalau telampau pemalas mau cari kebenaran..ikut jaaaa apa-apa provocative status d fb, twitter, wechat, whatsapp dsb.
Kalau pasal Israel-Palestin mau hentam Messi sampai la terbawa-bawa ke World Cup, memang betul-betul tidak adil, bodoh dan tidak berpengetahuan. Yala, bila akhirnya ada yg rajin share kebenaran bahawa Messi buka keturunan Jews & bukan beragama Jews, malahan FC Barca sebenarnya buat lawatan damai ke kedua-dua Israel & Palestin, masihhhh ada yg berusaha mempertahankan hujah benang dorang tu! Huh!
Tolonglah..walaupun atas sebab agama, lagi la tak patut hentam orang sampai macam tu..hanya mampu geleng-geleng kepala bila orang-orang ni mengutuk & memaki tanpa sedar mereka sedang menyumpah seranah diri sendiri. Orang yang rendah hati tidak akan cakap orang lain angkuh. As simple as that.
Tapi kesian juga sama golongan ni la..harap-harap dorang sedar la..
Apa pun Congrats Germany! You deserve it!
Well done Argentina! We are proud of you!
Yg pesimis tu boleh lari jauh-jauh..lain kali rajin-rajin buat research, jangan sembarangan ja nanti makan diri sendiri. Lolz.
Adios. cau cincau.
Comments