Pau Kukus Mudah from P uan Khalijah Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar yis mauripan 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar gula 3 sudu besar minyak masak 1/2 cawan air suam sedikit garam * inti - ikut kesukaan Instructions 1.Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam. 2.Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau. 3.Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih. 4.Di dalam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi. 5.Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan. 6.Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik. 7.Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan. 8.Leperkan doh dan isikan inti. 9.Biarkan doh mengembang lagi. 10.Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit. Kuih Penyaram Lembut Biasa sebut penjaram ni kalau di Sabah k...
The walk of my life, business, family.