Pau Kukus Mudah from Puan Khalijah
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air suam
sedikit garam
* inti - ikut kesukaan
Instructions
2 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air suam
sedikit garam
* inti - ikut kesukaan
Instructions
1.Masukkan 2 sudu besar yis ke dalam 1/2 cawan air suam.
2.Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi. Kacau.
3.Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
4.Di dalam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi.
5.Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
6.Biarkan doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik.
7.Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan.
8.Leperkan doh dan isikan inti.
9.Biarkan doh mengembang lagi.
10.Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit.
Kuih Penyaram Lembut
Biasa sebut penjaram ni kalau di Sabah kan. Seumur-umur hidup belum pernah try buat ni, tau makan ja. Haha. Sa dapat resipi dari Puan Hasue. Sa edit-edit sikit la tapi 100% credit adalah untuk beliau.
Bahan2:
- 500g tepung gandum
- 100g tepung beras
- 650 air (200ml air panas + 450ml air kosong)
- 3/4 sudu teh garam
- 500g gula apong/gula melaka
- Minyak masak secukupnya
Cara2:
- Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
- Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
- Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
- Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
- Tapis adunan dan perap semalaman.
- Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!
Harap-harap jadi... |
Bear Hug Butter Cookies
Bahan-bahan :
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
1 biji telur - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
badam / gajus / kismis secukupnya
Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum & baking powder kedalam satu bekas. Ketepikan.
2. Pukul butter, gula, telur & esen vanila hingga kembang.
3. Masuk kan tepung & gaul rata.
4. Tutup adunan dengan plastic kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam supaya mudah dicanai nanti.
5. Setelah 2 jam, canai sehingga setebal 1/4 inci.
6. Terap dengan menggunakan acuan bentuk bear.
7. Buat mata & hidung bear dengan menggunakan bahagian lidi yg tidak tajam, ditekan kan sedikit pada tepung bear.
8. Letak kan kekacang atau kismis ditengah kemudian angkat tangan bear & letak kan diatas kekacang seperti memegang bantal.
9. Bakar didalam oven yg telah dipanas kan pada suhu 175 darjah celcius selama 10 minit atau hingga kecoklatan. ** Masa mencanai, taburkan sedikit tepung pada tangan & papan canai supaya dough tak melekat.
~ CHEESE CAKE OREO ~ no bake
Bahan-bahan:
180 gm biskut Oreo (buang krim tengah) - atau 2 paket
90 gm unsalted butter - atau any butter/margarine
200 ml whipping cream
250 gm cream cheese
165 gm castor sugar - atau fresh milk/condensed milk
1 tbs lemon juice (Can use vanilla essence)
15 gm gelatin (Campur air panas lepas tu sejukkan)
4 keping biskut oreo (buang krim & hancurkan)
Cara-cara:
1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang & masukkan biskut serbuk tu.
2. Cairkan mentega & masukkan dalam bekas berisi biskut. Gaul rata.
3. Tekankan adunan padat dalam loyang. Sejukkan dalam peti ais selama 30mins.
4. Pukul whipping cream sehingga pekat. Pukul krim keju bersama gula & jus lemon sehingga sebati. Masukkan gelatin & gaul hingga sebati.
5. Campur kesemua bahan no.4
6. Campurkan biskut oreo hancur dalam no.5 dan gaul sebati.
7. Keluarkan adunan biskut dalam peti ais. Tuangkan campuran bahan no. 6 ke atas adunan biskut & ratakan.
8. Masukkan cheese cake oreo dalam peti ais dan biarkan semalaman.
Hias mengikut kreativiti!
Boleh pelbagaikan design kek..tgk bawah ni..macam mau pg beli ja suma bahan & buat terus kan? Hehe
TAHUKAH ANDA?
Gelatin is substituted with AGAR-AGAR.. see below:
AGAR-AGAR Also called agar, kanten, Japanese gelatine, Japanese moss and Ceylon moss, agar-agar is an Asian product extracted from dried seaweed. Neutral in taste and with a more efficient thickening power than gelatine, it's used for many Asian fruit puddings, jellies and other gelatinous desserts. It can be found in Asian markets and should be stored in a cool, dry place. (cheftalk)
Lepas ni kalau x jumpa gelatin untuk baking kek bolehla ambik agar-agar ja..fuhh selesai 1 masalah hehe
Comments