Lama sudah ba sa nampak post pasal minuman ni di fb/ig, ada juga yg cakap-cakap dari mulut ke mulut. Tapi macam biasa bila malas & bertangguh tu datang maka tidak la jadi buat.
Sa pernah try minum lemon setiap pagi sebelum kawen dulu, sebab mau kurus kan..kalau mau kurus langkah pertama ialah detox dulu kann..masa tu sa hiris lemon ja lepas tu simpan dalam esbok. Tapi beberapa kali ja boleh tahan sebab sejuk pla tu minum pagi-pagi. Jadi lepas tu stop ja la..dan biasanya kalau baca post orang mesti dorang simpan dulu dalam esbok semalaman. Tapi sa cadangkan kalau memang tidak biasa minum sejuk pagi-pagi, bagus potong awal pagi lepas tu simpan dalam bekas minuman & bawa pg ofis. Sama juga tu sebenarnya..sebab seharian jg kan berendam dalam air.
Jadi hari ini dalam sejarah sa buat juga minuman lemon + timun ni sebab kemarin sa rasa telampau minum kopi sudah~~~dan badan rasa berat semacam. Sa masih ambil suplemen Shaklee tapi bukan detox punya. Mau beli detox tea macam Kinohimitsu tu macam membazir pla sebab kita ada banyakkk natural resources yg bulih jadi detox drink. Mau rajin ja.
So semalam pg beli lemon & timun di Giant Supermarket. Semua sekali RM4.30 jaaa. Kekekeke..
Pagi ni baru potong & simpan dalam tapau. Di ofis baru rendam dalam bekas minuman. Tips, untuk memastikan minuman campuran ni kena minum, pastikan ada 1 ja bekas minuman kamu di ofis. Tiada measurement pun, sukahati ja simpan berapa hiris lemon & timun. Agak-agak la kalau telampau rasa pahit tambah la air.
Jadi hari ni bulihla detox ni kan..setakat ni sa belum minum kupi tapi tidak mengantuk pun. :D :D
Yeah! Syukur..
Kalau lebih rajin, boleh blender timun juga. Sangat bagus untuk pesakit darah tinggi. Yang kena tanam sendiri & tidak pakai racun punya lagi bagus.
Lemon + madu juga bagus untuk sakit tekak.
Comments