Tips kurus untuk ibu-ibu yang tiada masa bersenam. Tinggi 150cm. Berat sebelum mengandung 55kg. Trimester ketiga berat naik sehingga 75kg. Selepas beranak berat 64kg. Baby chubby kot? Emm 2.75kg ja. Hampir setahun rasa badan langsing tinggal angan-angan. Atas ni kisah gemuk saya. Tak kisah pun semasa mengandung berat naik berkilo-kilo yang penting baby dalam perut sihat. TAPI bila ditegur masih GEMUK selepas beranak tu terasa la hati. Masih muda, anak baru satu tapi bila pigi mall kena panggil "aunty" oleh salesman yang umur nampak sebaya. Goodness~ Semasa artikel ni ditulis, berat saya 53kg. Peha sudah kurang berlaga, jeans lama pun sudah boleh muat, double chin semakin hilang, lesung pipit kembali jelas (masa gemuk dulu hampir-hampir tidak nampak ditelan pipi chubby) dan paling best body shape kerengga semakin menjadi kenyataan. 😄 Tips saya senang ja. Tapi memang perlu disiplin la. 1. MINUM AIR SECUKUPNYA Ni paling basic. Ingat ja, berat 25kg kena minum 1 ...
The walk of my life, business, family.