Skip to main content

CABARAN MENYUSU YANG IBU MUDA PERLU TAHU

Khas untuk para ibu muda yang first time ada baby.

Saya ingat sudah cukup bersedia untuk memulakan penyusuan susu ibu. Lepas ja join kelas breastfeeding semasa kehamilan trimester kedua, saya dengan yakin dan gembiranya announce "I want to exclusively breastfeed my baby until 6 months old"..

Hakikatnya agak berbeza. Tidaklah jauh sangat pun cuma ada hal yang tidak disangka saya alami. Tapi untuk ibu muda yg first time ada baby, bagus juga tau hal ni supaya boleh bersedia secara mental..

1. KERAP KALI DITEGUR SUSU TIDAK CUKUP

Selepas beranak, susu saya dekat 4 hari baru mula banyak. Sebelum tu baby tidak berak jadi terpaksa diberikan susu formula. Gone was my exclusive goal. Apa boleh buat tapi saya berazam mau bf sepenuhnya bila bekalan susu banyak nanti.

Baby saya ni jenis menyusu sedikit-sedikit tapi kerap. Jadi bila husband atau mil nampak baby balik-balik mau nenen, dorang fikir susu saya tidak cukup. Balik-balik mau bagi susu fm tapi saya berkeras bagi susu badan ja. Cucut atau pacifier pun saya tidak bagi sebab tidak mau baby confuse puting.

Berkesan juga la. Tapi kena sabar dan tahan hati la. Hehe..Tapi kalau mau biasakan baby menyusu botol sebab kena balik kerja, bolehlah pump susu dan susukan dengan botol.

2. SOKONGAN SUAMI SANGAT PENTING

Hal lain tiada masalah. Tapi bab bf ni macam kureng sikit support si gaman sama saya. Dia balik-balik suruh bagi susu fm "for nutrition". Walaupun berbuih sudah mulut saya bagitau susu ibu paling bermutu dan berkhasiat, tapi makan masa juga mau kasi yakin dia.

Kalau terlampau tidak kena support, boleh buat isteri makan hati tau. Sudahlah perit beranak, mau bf baby pun jadi isu. Jadi para suami tolonglah buat research pasal kebaikan susu ibu dan support la isteri anda yang ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda berdua.

3. BERPANTANG DENGAN SERIUS

Saya berpantang cukup terjaga. Setiap hari selama sebulan hanya makan sup ayam kampung dengan red dates. Ini memang milk booster. Kena pula setiap masa bagi baby nenen jadi susu semakin melimpah. Kopi atau teh langsung tidak sentuh, dan banyak berbaring sebab saya beranak ikut tingkap.

Kalau cukup rehat dan makan terjaga, senang kasi susu baby. Anak pertama kan memang biasanya bagi susu sambil duduk, belum berani dalam posisi berbaring. Sekarang bila fikir balik, terfikir juga penatnya menyusukan baby dalam posisi duduk, mudah sakit pinggang.

4. SUPPORT GROUP

Saya melalui cabaran menyusu paling getir tanpa ada support group. Ada no fon nurse la dari klinik Penampang yg diselitkan semasa ikut kelas breastfeeding dulu tapi segan pula mau tanya-tanya. Jangan tiru macam saya! Sakit tu tahan sendiri-sendiri.

Akhirnya saya jumpa support group di fb. Nama dia THE BREASTFEEDING ADVOCATES NETWORK GROUP (TBAN). Banyak juga support group lain di fb tapi TBAN paling relevan saya rasa sebab semua pun golongan ibu seluruh Malaysia pelbagai bangsa. I found my support here. Baca dorang punya cerita suka duka menyusu pun cukup memberikan semangat sudah.

5. BERHARAP KEPADA YG MAHA ESA

Kekuatan fizikal mungkin kita boleh push ke tahap maksimum. Tapi kekuatan jiwa kita perlu dibekalkan dari Tuhan. Bukan senang mau berdepan dengan tubuh yang lemah tapi perlu menjaga baby, tidur tidak mungkin cukup sebab setiap malam baby bangun mau nenen. (Atau kes suami tidak peduli atau kurang support)

Kuatkan dan teguhkan hati, sebab baby kita kejap ja besar sudah. Selagi mampu kita enjoy ja sama baby k!

Semoga sedikit perkongsian ni mampu menghibur hati para ibu yang sedang mengalami hal serupa.

From mother to mothers. :)




Comments

Popular posts from this blog

Short Vacay in KL

Hubby and I  went on short trip to KL on 13th - 15th March. But actually hubby was already in KL for work from 10th March so I was only followed him there on 13th. It was very short and tiring vacation but we still enjoyed the moment so much.. It was my first time arrived at Klia2, it was quite spacious but I still can find direction easily as there were enough signboards to follow.  I went directly to 1 Utama via Skybus. It took me about an hour to reach there. I went here for dinner with my sister who worked at The Curve. This kafe is located at Ikano (IPC), just opposite the The Curve building. Creative menus' book. I ordered the Traditional Mien Fen Guo. and drink the soy milk as I felt gastric was attacking :( My food! It was tasty enough, licin juga la sa makan. Hoho This was my sister's. If not mistaken, it was dried...mien. Cant recall the exact name. The sauce was perfect! After dinne...

First entry

Petang semua..sekarang pkul 5.50pm sudah..past 20mins lepas habis keja..masih menunggu hubby datang ambik..hmm mula2 mau singgah supermarket Sunny utk beli bahan2 kek batik special macam dlm blog  Ana  tapi tiada keta pla..harap2 weekend dpt pg cari...hehe ni la rupa kek batik tu..sedapp dan senang! :)

Winter Festival

Ni cerita smlm punya..alkisahnya family besar hubby sebelah bapa dia buat gathering dinner utk meraikan winter festival ni..ni chinese culture la..lupa pla sa tnya hubby asal usul winter festival ni..hehe Lebih kurang pkul 6pm kami pun jln pg rumah kazen hubby tu..hujan ada tp renyai2 ja..rumah kazen hubby tu agak besar sbb rumah family.. Family yg dtg agak ramai tp xla seramai klu ada wedding atau full moon..mgkn masing2 pun ada event..dkt2 krismas lg kn.. Antara anak cucu yg dtg..klu baya2 hubby mmg ada anak sdh semua.. yg lelaki tu adik hubby.. tong yuan (xpasti ejaan sebenar) yg wajib kena bikin utk festival ni.. X dpt snap pics mknn atau the whole family sbb agak segan hehehe..sepanjang mlm ni cuma mkn2 minum2 dan chatting2 ja..ok la kn..yg penting kenyang mkn sdh.. Lebih kurang pkul 9.30pm kmi pun balikla ke rumah...hehe..