Tips kurus untuk ibu-ibu yang tiada masa bersenam.
Tinggi 150cm. Berat sebelum mengandung 55kg. Trimester ketiga berat naik sehingga 75kg. Selepas beranak berat 64kg. Baby chubby kot? Emm 2.75kg ja. Hampir setahun rasa badan langsing tinggal angan-angan.
Atas ni kisah gemuk saya. Tak kisah pun semasa mengandung berat naik berkilo-kilo yang penting baby dalam perut sihat. TAPI bila ditegur masih GEMUK selepas beranak tu terasa la hati. Masih muda, anak baru satu tapi bila pigi mall kena panggil "aunty" oleh salesman yang umur nampak sebaya. Goodness~
Semasa artikel ni ditulis, berat saya 53kg. Peha sudah kurang berlaga, jeans lama pun sudah boleh muat, double chin semakin hilang, lesung pipit kembali jelas (masa gemuk dulu hampir-hampir tidak nampak ditelan pipi chubby) dan paling best body shape kerengga semakin menjadi kenyataan. 😄
Tips saya senang ja. Tapi memang perlu disiplin la.
1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Ni paling basic. Ingat ja, berat 25kg kena minum 1 liter air. Lebih baik isi botol minuman berbanding minum pakai cawan. Sebab boleh monitor berapa banyak sudah minum air. Kalau menyusukan baby kena minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya lebih1 liter.
Kalau cukup air, membuang pun senang. Usus pun bersih. Jadi tiada alasan perut buncit sebab bahan kumuh terkumpul dalam badan.
2. JAGA MAKAN DAN MINUM
Hampir setiap hari saya makan nasi putih dengan sup sayur. Sup tu ada sikit daging ja. Makan malam ada goreng-goreng sikit tapi biasanya hanya 1 hidangan. Lain-lain sayur ja. Ini hidangan semasa saya belum bekerja.
Lepas ja habis pantang, saya start minum kopi semula. Tapi setiap hari cuma 1 cawan la sebab baby masih menyusu badan sepenuhnya. Segala jenis kopi saya bedal, 3in1 pun ambik. Biasanya untuk minum petang la, sekali dengan berkeping-keping biskut.
Saya cuma lunch dan minum petang. Sebelum dinner makan buah. In between minum air kosong ja.
Lepas kembali bekerja saya lunch macam biasa, bedal apa-apa ja tapi tiada minum petang. Fokus kerja ja. Kalau lapar makan biskut dalam 4 keping sudah cukup. Kopi pula saya pilih yang tidak bergula, jangan lupa pengambilan gula wajib monitor baik-baik.
3. BREASTFEEDING, BREASTFEEDING, BREASTFEEDING
Ada ibu yang kurus dengan cepatnya sebab bf. Tapi saya ambik masa agak lama. Lagipun saya memang tidak bersenam. Tapi walaupun progres agak lambat, husband masih perasan perubahan fizikal saya. Haha~
Cuma jangan melantak sembarangan walaupun cepat lapar selepas baby bf. Kalau sudah biasa, lunch nasi dengan minum petang tu sudah cukup. Jangan diet yaa, baby kan mau dapat semua nutrien.
4. PILIH SARAPAN YANG TEPAT
Sebab saya memang tiada bersenam, jadi fokus pada pemakanan. Biasanya untuk sarapan saya minum susu high protein. Bancuh dengan fresh milk atau horlics, tuang ke semangkuk besar cornflakes atau diminum bersama bread, tahan lapar sampai tengah hari. Kadang-kadang kalau banyak kerja, awal la lapar tapi masih pada tahap minima.
5. LAST BUT NOT LEAST..PERUT MASIH BUNCIT?
Saya punya babat (perut buncit) selepas beranak memang masih ada. Tapi semakin kempis semasa artikel ni ditulis. Saya add on lecithin sebab boleh pecahkan lemak. Jadi rupanya masih ada suplemen? Terpulang pada keperluan. Lagipun selepas ambik lecithin saya lebih cepat kenyang dan lambat lapar semula.
Pilihlah mana-mana suplemen lecithin yang anda percayai di pasaran. Saya pilih lecithin Shaklee.
Saya tiada bersenam ya.. tapi semakin kurus. Kalau saya boleh, anda pun boleh.
Comments