Breastfeed baby selama 6 bulan sudah. Memang yakin sistem imun baby sudah terbentuk dengan baik. Tapi lepas 6 bulan kena makan solid food, jadi mula ada masalah susah poo-poo etc. Senang flu pula. Ibu-ibu mesti risau, jadi jom tingkatkan antibodi baby dengan tips-tips ni. 1. MAKAN LEBIH BANYAK BUAH DAN SAYURAN Biasanya saya bagi Kinkin makan buah sekali sehari. Biasa bagi red apple, pisang atau betik. Tapi petua dari mil, kalau buah tu sudah dipotong lepas tu simpan dalam fridge, jangan bagi baby makan. Paling bagus yang masih fresh potong terus bagi baby. Kecuali red apple la, cuma pastikan jangan terlalu sejuk. Tak bagus untuk perut baby. Kadang-kadang bagi jus oren yang fresh. Sayuran pula boleh campur sekali dalam bubur. Saya blend sikit pakai sudu supaya Kinkin senang telan. 2. MAKANAN TINGGI PROTEIN Protein memang sangat-sangat penting untuk pertumbuhan baby. Biasanya bubur Kinkin wajib ada daging atau ikan setiap hari. Kadang-kadang bagi telur ayam kampung yang berkualiti. ...
The walk of my life, business, family.