Breastfeed baby selama 6 bulan sudah. Memang yakin sistem imun baby sudah terbentuk dengan baik. Tapi lepas 6 bulan kena makan solid food, jadi mula ada masalah susah poo-poo etc. Senang flu pula. Ibu-ibu mesti risau, jadi jom tingkatkan antibodi baby dengan tips-tips ni.
1. MAKAN LEBIH BANYAK BUAH DAN SAYURAN
Biasanya saya bagi Kinkin makan buah sekali sehari. Biasa bagi red apple, pisang atau betik. Tapi petua dari mil, kalau buah tu sudah dipotong lepas tu simpan dalam fridge, jangan bagi baby makan. Paling bagus yang masih fresh potong terus bagi baby. Kecuali red apple la, cuma pastikan jangan terlalu sejuk. Tak bagus untuk perut baby. Kadang-kadang bagi jus oren yang fresh.
Sayuran pula boleh campur sekali dalam bubur. Saya blend sikit pakai sudu supaya Kinkin senang telan.
2. MAKANAN TINGGI PROTEIN
Protein memang sangat-sangat penting untuk pertumbuhan baby. Biasanya bubur Kinkin wajib ada daging atau ikan setiap hari. Kadang-kadang bagi telur ayam kampung yang berkualiti. Tapi sikit-sikit la sebab mau elak alergik juga.
Kebanyakan makanan tinggi protein juga mengandungi zat seperti zinc, iron, magnesium, kalsium dan vitamin E yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh baby.
Beli daging yang masih fresh ya. Lagi bagus beli di pasar mingguan daripada daging sejukbeku di supermarket.
3. AMBIL SUPLEMEN PROBIOTIK DAN PREBIOTIK
Kalau bakteria baik dalam sistem kumuh baby tinggi, sistem imun pun baik. Nutrien pun lebih senang diserap. Untuk anak yg sudah berumur 2 tahun ke atas bolehlah bagi yogurt. Untuk baby kena lebih makan buah.
Makanan yang kaya dengan prebiotik ialah pisang, bawang putih, soya dan bijirin lengkap.
4. JADIKAN AKTIVITI LUARAN SEBAGAI HABIT
Anak yang aktif badannya lebih kuat dan antibodi tinggi. Lagipun sumber Vitamin D dari sinaran cahaya matahari juga penting untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
Kinkin baru 10 bulan, tapi setiap pagi dan petang bawa keluar untuk relaks. Biar dia didedahkan dengan aktiviti luar sejak kecil jadi bila besar sikit nanti mudah diajak bermain di luar.
5. TIDUR YANG BERKUALITI
Kurang tidur menyumbang kepada sistem pertahanan tubuh yang lemah dan melambatkan proses penyembuhan jika jatuh sakit.
Pastikan anak-anak cukup tidur ya. Biasanya anak yang dihantar ke taska lebih senang sakit sebab dorang kurang tidur tu, sebabnya banyak aktiviti mau buat. Kalau tiada pilihan lain pastikan anak tidur secukupnya pada waktu malam la.
Jaga diet seimbang dan gaya hidup sihat anak untuk boost sistem imun dan antibodi!
My source of reading: Parenthood Magazine Aug'16
Comments