Beberapa hari suami nampak muram, selalu termenung jauh dan menyendiri. Bila tanya sepatah, dijawab sepatah tapi kadang-kadang tidak dijawab langsung.
Suami tengah stress..hati isteri pun jadi gundah gulana. Saya kongsikan apa yang biasa saya lakukan bila suami stress..mungkin berkesan juga bagi anda kan.
1. JANGAN KERAP BERTANYA SEBABNYA SUAMI STRESS
Konon-konon kita mau suami meluahkan masalah jadi boleh release dan tidak simpan sendiri-sendiri. Typical wanita kan. Tapi lelaki ni biasanya lebih suka fikir sendiri untuk beberapa masa. Bila sudah cool down, pandailah dia cerita sendiri. Nanti kalau kerap ditanya sedangkan dia belum bersedia mau bagitau, makin stress jadinya. Naik marah pun ada.
3. SELALU BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT
Bila ngam waktunya, berikan kata-kata dorongan kepada suami. Cerita pendek pun boleh. Cerita lucu pun ok juga. Biar dia terhibur sikit.
2. KAWAL PERILAKU ANAK
Masa ni kena kawal anak daripada melakukan perkara yang memeningkan kepala, contohnya bergaduh dengan kawan atau merengek minta dibelikan handphone baru. Jangan suruh anak pegi minta dengan daddy pula. Seboleh-bolehnya isteri settle sendiri la. Kalau terlalu penting dan serius barulah minta suami handle.
3. JAGA HUBUNGAN DENGAN MENTUA DAN IPAR DUAI
Ini sangat penting ya..bukan ja masa suami stress, setiap masa kena jaga hubungan dengan mentua dan ipar duai. Tapi kalau rapat sangat pula janganlah pegi bagitau suami tengah stress bla bla bla..biar suami ada sikit privacy. Kalau dorang tanya, jawab setakat yang perlu ja.
4. PASTIKAN RUMAH SENTIASA KEMAS DAN BERSIH
Sekurang-kurangnya tidak tambah serabut tengok rumah sentiasa kemas dan bersih. Kain baju dilipat dan pakaian kerja suami siap digosok. Isteri berkorban lebih sikit untuk menyenangkan hati suami tak apa juga kan. Yang penting rumahtangga harmoni. Kalau isteri bekerja, sekurang-kurangnya setiap malam sapu rumah dan kain baju dilipat kemas.
5. MASAK MAKANAN KEGEMARAN SUAMI
Kalau macam saya yang jarang masak, memang ketara betul mau ambik hati suami bila tiba-tiba masak makanan kegemaran beliau. Hehe..tapi bagus juga kan. Biar dia senyum sikit dan hal ni akan tersimpan dalam hati dia..oh isteri aku pandai ambik hati..next time boleh bawa pegi makan sedap-sedap untuk ambik hati dia pula. ^_^ Suami yang baik mestilah mau ambik hati isteri juga betul kannn.
6. SENTIASA DOAKAN SUAMI
Ya, sentiasa mendoakan suami supaya dalam apa-apa situasi pun dia tetap ingat ada harapan. Bila berdoa, kita sendiri pun tenang dan kuat untuk terus memberikan semangat kepada suami.
Kalau suami makin stress, kena minta tolong orang lain ya. Mungkin his parents atau siblings, atau kawan baik dia untuk slow talk.
KALAU ISTERI PULA STRESS MACAMANA?? Nahh..suami pula buat hal di atas.
Semoga bermanfaat!
Comments