Skip to main content

Hospital Story - Baby Part II

Finally I was discharge from Kenanga 2. Joyfully I packed all my things and with husband's help we went to NICU to rooming in.

I get a sofa at NICU level 1 adjacent to the nurses' counter. It was very hard to sleep on and bikin sakit pinggang cos I couldnt rest my back during breastfeeding. I didnt know how to nurse while lying down yet. Tahan saja la~

Kali ni sa sambung dalam bahasa Sabahan ah.

Baby kami ni kena diagnosed macam-macam. Sepatutnya boleh discharge sudah tapi satu-satu kena detect kononnya..

1. Yg dia tiada berak lepas 24jam then admit NICU, terus kena jarum BCG sm hep B kaitu tapi tu nurse tiada bagitau apa-apa mcm after effect sama apa mau buat etc. Belakang baru sa tau dia punya bekas jarum BCG sana pandai bernanah, tapi sepatutnya kasi biar saja. Sudah mil sa pigi simpan minyak batu tapi 1x ja la. Syukur lagi tidak hilang bekas dia, kalau nda mau jarum balik.

2. Bila sa sudah masuk Kenanga 2, baby punya pampers ada kesan oren-oren, takut pula itu darah.  Jadi doctors hantar lagi dia pigi NICU balik, untuk ambik sample. Setiap masa sa pigi tengok, husband pigi tengok, kami lagi tolong panggil nurse kalau baby sudah kencing supaya dorang cek cepat-cepat. Memang dikenal betul sudahlah baby si SAZWINA masa tu. 1st check, doc cakap crystalization ja sbb tidak cukup susu.
Masa yg sama juga baby kena lampu (physioteraphy) sebab naik kuning dia. Ada satu masa sa naik pigi tengok baby, nangis-nangis dia di baby cot. Tapi masa tu ada briefing pula docs di area tu. Adalah bbrp minit sa tunggu baru dapat limpas pigi ambik baby. Sedih betul sa..huhu

Bila sdh lampu, doc ckp bleh sudah discharge baby. Nanti kena hantar turun dorang bilang. Sekali petang tu sa naik tengok baby, kena tahan balik sebab specialist cek balik kencing dia ada sikit kaler merah lagi. Tuhan ja tau perasaan si mami masa tu. Sedih lagi, nangis lagi. Tapi last2 tiada apa-apa juga. Syukur puji Tuhan.

3. Baby kena detect lagi ada kuman dalam darah, something like that. Jadi kena inject antibiotic. Sakit hati betul nampak tangan baby kena cucuk-cucuk. Sampai blister tangan kiri dia sebab telampau kena jarum. Rupanya doc praktikal yg buat, aduh sabar ja la. Baby lagi aktif betul, tangan dan kaki dia tidak pandai diam. Plastik cover masa kena lampu pun dia tendang ja sampai berlubang. Cover mata hitam tu pun mau kasi lekat kuat-kuat sebab laju ja tangan dia buka.

Jadi kena kasi masuk la antibiotic dalam badan baby untuk 2 hari. Hari kedua tu sa rooming in  sudah,  jadi senang sikit hati sebab boleh tengok baby sepanjang masa. Tapi baby kena lampu lagi untuk kesekian kalinya. Sa perah susu kasi dia sebab awalnya memang mau kasi bf eksklusif, tapi sebab tidak berak tu dia kena bagi susu fm sudah..

Ada masa baby nangis-nangis masa kena lampu walaupun baru habis menyusu, jadi sa bagi susu perahan pakai sudu. Lama-lama baru dia diam. Mencabar juga sebab sa masih sangatlah tidak mahir kasi susu baby. Entah ngam ka tidak dia sucking pun sa tidak tau. Dia kena lampu pun sa kasi full kain lampin sekeliling badan dia sebab tidak mau dia sejuk. Kan telanjang tu kecuali pampers. Nurse cakap boleh ja simpan kain yg penting warna putih. Sampai sa cover aircond dari kena baby, lekat di lampu pakai kain lampin.

4. Baby ada kena detect juga darah dia macam cair, tapi last2 normal juga sebab lepas kena inject darah dia pandai juga stop.

5. Ada satu lagi tapi sa tidak ingat, treatment dia kena kasi hisap gas ntah apa tu pigi hidung dia pakai mask. Sa buat 2 kali, bila try sendiri terus sa pening. Lagi la sayu hati si mami. Last-last tu doctor chubby yang friendly tu, yg memang always around cakap biar dia sendiri handle baby. Dia kasi jarum sendiri jd tidak bagi prakital buat sebab macam2 masalah pula kena detect. Sampai sekarang sa ingat tu doctor, cukup dedikasi. Thank you so much.

Akhirnya selepas 1 malam sa di NICU, tidur macam tidak tidur lepas tu beralaskan sofa yg keras, akhirnya baby discharge. Perasaan masa tu terlalu sukar mau cakap. Hepi la ba kan, most of all LEGA sebab akhirnya bulih balik rumah. 12 hari di hosp. Tengok luar macam fantasi semata..akhirnya dapat jadi orang normal balik. Hehehe. Hubby macam terbang ja dari ofis lepas sa bagitau bleh discharge sudah.

Syukur puji Tuhan semuanya sudah berakhir..

Comments

Popular posts from this blog

Short Vacay in KL

Hubby and I  went on short trip to KL on 13th - 15th March. But actually hubby was already in KL for work from 10th March so I was only followed him there on 13th. It was very short and tiring vacation but we still enjoyed the moment so much.. It was my first time arrived at Klia2, it was quite spacious but I still can find direction easily as there were enough signboards to follow.  I went directly to 1 Utama via Skybus. It took me about an hour to reach there. I went here for dinner with my sister who worked at The Curve. This kafe is located at Ikano (IPC), just opposite the The Curve building. Creative menus' book. I ordered the Traditional Mien Fen Guo. and drink the soy milk as I felt gastric was attacking :( My food! It was tasty enough, licin juga la sa makan. Hoho This was my sister's. If not mistaken, it was dried...mien. Cant recall the exact name. The sauce was perfect! After dinner

Wawasan 2020 & Covid19

Been so long since last blogging. Its 2021 now, the so called Wawasan 2020 has passed with the global pandemic Covid19 which had taken a toll economically, socially, health, death rates worldwide.  Syukur juga sa masih bekerja sebab kategori essential services, jadi masih ada demand kerja kami. Tiada pemotongan gaji walaupun ada masa kerja di rumah (WFH) dan sempat kena kuarantin juga. Syukurla semua ok. Healthwise, hari-hari sa consume Vitamin C untuk boost immune system. Semestinya Shaklee Sustained Release Vitamin C yg menjadi pilihan hati. Honestly, awal tahun 2020 sa masih beli vit C di pharmacy yg 10 biji soluble tu sebab senang dapat. Sa ada cubuk2 Shaklee Vit C tapi OOS masa tu. Lama-lama bila balik2 beli yg 10 biji tu, sa rasa sayang dari segi bajet (RM15 x 10) hanya 10 hari kalau hari2 makan. Kalau 1bulan? Rasa tidak berbaloi sungguh. Lagipun dlm fasa berjimat cermat (MCO sudah bermula) jadi berusaha cari suplemen yg BERKESAN, SELAMAT dan JIMAT.  Start Oct'20 sa consume b

Cerita Suka Duka Bisnes Shaklee

Bercampur baur perasaan bila ingat-ingat balik kenangan masa mula2 buat bisnes Shaklee. Awal-awal dulu tiada transport sendiri dan sa jarang simpan ready stock, bila ada order sa cari runner utk beli di branch & COD sm customer. Kalau jual harga non member, ada la suku atau kdg2 half profit bagi runner; belajar berbagi rezeki. Syukur jg runner yg sa pernah berurusan cukup jujur & amanah. God bless you bro! Dari penampang, ke seluruh Kota Kinabalu. Pernah juga minta runner datang ambil stok dari church sebab customer mau urgent masa tu. Bangga dgn kepelbagaian org Sabah, semua pun sporting habis.  Ada jg customer request order dulu tapi belum byr, sebab kawan2 jg jadi sa beli dulu guna duit sendiri. Sekalinya last minit cancel orderšŸ¤£ berhuhuhu sajalah dan berusaha jual balik sm org lain. Lesson learnt. Jadi jgn heran kalau sa minta payment dlu, kecuali COD lašŸ˜ Pernah dapat customer jauh dari Aussie beli bbrp kotak Nutriferon utk anak dia yg ada eczema. Tapi bila dia repeat ord